icon

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Tuesday, 26 February 2013

Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan (Sesi Pengajian 2013 - 2014)


Dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia akan membuat pengambilan pelatih untuk mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2013-14 di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN). Calon-calon yang layak adalah dipelawa untuk memohon bagi mengikuti kursus ini. Syarat-syarat kelayakan permohonan dan maklumat berkenaan kursus ini terdapat dalam iklan berikut:


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk memasuki Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) bagi mengikuti kursus berikut:


1.TEMPOH PENGAJIAN DAN SYARAT KEMASUKAN 

(i)Tempoh pengajian dan kelayakan akademik yang diperlukan adalah seperti berikut:

NAMA KURSUS:Sijil Perhutanan Pengawas Hutan
TEMPOH KURSUS: 1 tahun (Sesi 2013 – 2014)
KELAYAKAN AKADEMIK: Lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains.

ii)Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh permohonan ditutup. 

(iii)Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan anggota Tentera dan Polis yang telah menamatkan    perkhidmatannya boleh juga memohon.

(iv)Calon-calon hendaklah sihat tubuh badan dan tidak mempunyai kecacatan anggota.

(v)Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) tidak menjamin apa-apa jawatan setelah tamat kursus.

(vi)Calon-calon yang sedang mengikuti kursus di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) tidak boleh berhenti tanpa kelulusan pihak berkuasa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Jika berlaku pelanggaran syarat ini, calon dikehendaki membayar balik semua perbelanjaan yang ditanggung semasa pengajian kepada Kerajaan Malaysia.

2.  PERMOHONAN

(i) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati dengan percuma daripada Pengarah Bahagian Latihan Perhutanan dengan mengirimkan sampul surat berukuran 22cm x 32cm dengan nama dan alamat sendiri serta dilekatkan setem bernilai 60 sen, ke alamat:

Pengarah,
Bahagian Latihan Perhutanan,
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,
52100 Kepong, Kuala Lumpur

(ii)  Borang permohonan juga boleh didapati di mana-mana Pejabat Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia atau dari homepage Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia http://www.forestry.gov.my

3.  TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Mac 2013 (Khamis). Borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan. Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya.

4.  PERTANYAAN 
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Bahagian Latihan Perhutanan atau Institut Latihan Perhutanan
(FORTRAIN) di talian telefon 03-6277 0856 / 03-6277 0847 / 03-6277 8741 / 03-6274 0572 atau homepage http://www.forestry.gov.my


1 comment :

  1. Terima kasih atas informasi yang sudah disampaikan salam sukses selalu
    jangan pa kunjungi saya yups
    Obat Batuk Anak

    ReplyDelete